Assalamualaikum ,
hye again sume..rasenye dah lame tak wat entry pasal novel..dan sekarng nak kate baru beli novel nie tak jugak..but ini mmg novel yang sangat , sangat best + sweet + romantik + drama +sedih ...ha sume sekali la..actualy novel nie novel adek aku Marina Mustaffa ..yeahh mmg sengal dye nie..hihi beli novel tak ajak kakak dye nie.. (Y) haha pape pon disini diserta kan sekali sinopsis novel nie.. enjoy :)
‘SKETSA Perang' di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.
Iman - gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.
Arie - pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.
Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.
bile bace novel nie korang akan terhibur dengan lawak sengal iman nie..ya dye watak utama novel nie..klu nak tau apa akan jadi dengan iman si gadis comel dan brutal nie..korang dapatkan la novel nie..
LOVE ME ♥ MAIZAN
macam best je .. nak cari lah .. :)
ReplyDelete